Saturday, February 28, 2009

SEMINAR USAHAWAN INTERNET MUSLIM KOTA BHARU KELANTAN

Dan Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.

Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar.
Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan program laman web yang anda bakal sertai , 7fortune.com hanya berharga RM35 sekali untuk seumur hidup , namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Boleh kah sebuah kedai mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung sehari?.
Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!

Keratan akhbar sinar harian edisi pantai timur pada hari "seminar usahawan internet muslim"yusuf bergambar bersama exco Belia Negeri Kelantan YB Tuan Haji Abdul Fatah Bin Mahmood
yusuf memohon restu dari yang amat berhormat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato NIk Abdul Aziz Bin Nik Mat Agar program Usahawan Internet Muslim Berjalan Dengan Lancar.

Bergambar Bersama naib presiden Pas Dato Husam Musa.

Perasmian Program Memperkasakan Belia ICT di hujung jari Dun Kok Lanas, Kelantan Darul Naim oleh Ahli Dewan Negara Senator Dato Haji Ahmad Rosli bin Ibrahim pada 26 Julai 2008.

Penyelaras Program Usahawan Internet Muslim atau Pemilik Servis Centre Kok lanas kelantan en ariff sedang memberi taklimat perjalanan program.

Peserta seminar Usahawan Internet Muslim kota bharu kelantan Bergambar bersama exco belia.sukan,pembangunan insan dan NGO negeri kelantan YB Tuan Haji abdul fatah bin mahmood.

Ringkasan Statistik:
Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.Laporan penggunaan bahasa di Internet
Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU: 2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris: Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Bahasa Cina: Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di Cina (menurut CCNIC: 2004). Hongkong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbankan lebih dari 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina.
ITU menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet di Amerika menggunakan bahasa Cina. Pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna,
KOMUNITI YANG BESAR DAN HEBAT(,cuba bayangkan KEKAYAAN orang-orang cina melalui jaringan penguna internet mereka yang berjumlah 1oojuta penguna itu ?kita orang-orang melayu di mana kedudukan kita).

Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!
Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu melebihi 1 billion? Sekiranya anda memiliki buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar", anda akan mendapati Statistik jumlah pengguna Internet tahun 2004 adalah 900 juta pengguna- kenaikan 100 juta pengguna dalam masa 1 tahun!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!










































No comments:

Post a Comment