Friday, February 27, 2009

BUAYA DI TANJUNG TUAN





TIMBUL...gambar buaya yang dirakamkan Khoo di perairan
Tanjung Tuan.


PORT DICKSON: Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya,kata Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng, semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.

buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan,katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment