Friday, April 3, 2009

TEAM BARU CLUB DIJARI DARI SEREMBAN




MERDEKAKAH KITA SEMUA


Merdekakah kita Wahai! bangsa ku umat melayu?

Merdekakah kita hanya kerana ada perarakan dan juga jet pejuang?

Merdekakah kita hanya kerana kita sebut MERDEKA berkali-kali?

Merdekakah kita hanya disebabkan penjajah tiada lagi?

Merdekakah kita hanya kerana Perdana Menteri pilihan sendiri?

Merdekakah kita hanya kerana iklan berseri-seri?

Namun Merdekakah kita jika masih ada lagi yang hidup menagih simpati?

Merdekakah kita kerana dadah masih lagi jual beli?

Merdekakah kita jika menjadi kuli dibumi sendiri?

Merdekakah kita jika daya juang masih boleh dibeli-beli?

Merdekakah kita jika niat hanya untuk memburukkan bangsa sendiri?

Merdekakah kita kebahagiaan dan keamanan tidak boleh digerenti?
Merdekakah kita?
Merdekakah kita?
Merdekakah kita?
CIRI-CIRI SIKAP ORANG YANG TIDAK ADA IMPIAN MENJADI SEORANG JUTAWAN:

WAHAI BANGSA KU MELAYU!!!!:

Selain daripada ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga "sikap (attitude)" juga adalah merupakan salah satu faktor yang paling penting di dalam menentukan kejayaan anda. Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal dan mengubah sikap anda agar ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anda.

Jika hendak diceritakan tentang sikap-sikap baik yang perlu ada untuk membolehkan anda menjadi jutawan.. sudah pastilah ia terlalu banyak. Dari sikap suka berfikiran positif, baik hati, mesra, rendah diri, jujur, gigih, ikhlas hinggalah kepada sikap suka tolong-menolong.
Memang terlalu banyak untuk disenaraikan…

Tapi pada kali ini, saya ingin bercerita tentang 3 sikap negatif yang perlu anda elak dan buang jauh-jauh dari dalam diri anda jika anda ingin menjadi jutawan. Jika anda berjaya mengikiskan 3 sikap ini dalam diri anda, insyallah.. jalan untuk anda menjadi jutawan, akan semakin mudah.
Apakah 3 sikap buruk yang perlu dikikis dan dibuang tersebut?

1) Menyalahkan Orang lain.
Perkara ini saya sudah nyatakan pada entri saya sebelum ini. Sikap yang hanya suka menyalahkan orang lain tidak akan membawa diri kita kemana-mana. Dengan menyalahkan orang lain.. bermaksud, kita enggan untuk meng"hasabah" diri, jesteru, ia akan menyebabkan kita tidak akan dapat melihat segala kekurangan diri dan memperbaikinya. Apabila tidak memperbaiki diri.. maka, susahlah nak jadi jutawan.

Oleh itu, sentiasa bertanggungjawab diatas segala hasil dan akibat yang anda terima dari usaha anda. Jika ia berjaya.. ia adalah disebabkan anda.. dan jika ia gagal.. ia juga adalah disebabkan anda.

2) Komplen tak sudah-sudah.
Ini satu lagi sikap yang perlu anda hindarkan di dalam diri anda. Jangan terlalu mudah merungut dan membuat komplen. Membuat komplen menunjukkan fkiran anda sedang menumpu kepada "masalah".. dan ini akan menyebabkan hidup anda lebih tertekan. Untuk berjaya, fikiran dan fokus kita perlulah lebih kepada "penyelesaian masalah" dan bukannya kepada "masalah" tersebut.

Mungkin ada yang kurang faham.. tak mengapa.. saya bagi contoh.
Contohnya.. anda kini sedang berada di lapangan terbang dan ingin menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi. Tiba-tiba, satu pengumuman dibuat yang menyatakan penerbangan anda terpaksa ditunda sehingga 3 jam.

Bagi orang yang bersikap "un-jutawan" dan suka komplen… mereka akan mula..
memikirkan masalah baru yang akan muncul akibat kelewatan penerbangan tersebut.
mereka akan fikirkan tentang meeting mereka yang akan terlepas
mereka akan fikirkan projek yang cuba mereka dapatkan akan terlepas
mereka akan fikirkan kesan buruk yang akan menimpa syarikat mereka akibat terlepas projek tersebut
mereka akan fikirkan syarikat mereka terpaksa membuang pekerja
mereka akan fikirkan pekerja-pekerja mereka memberontak
mereka akan fikirkan syarikat mereka kena saman dan terpaksa ditutup
mereka fikirkan mereka akan bangkrap .

mereka akan fikirkan kekecewaan serta kesusahan hidup yang mereka akan hadapi
Akhirnya.. mereka mengambil keputusan untuk membuat komplen kepada syarikat penerbangan dan minta ganti rugi kepada keseluruhan kerugian yang akan mereka alami di dalam hidup mereka.

Lihat.. itu contoh orang yang suka menumpukan fikiran mereka kepada masalah. Mereka akan fikirkan apakah masalah seterusnya yang akan mereka hadapi disebabkan masalah yang mereka hadapi sekarang.. mereka hanya akan fikirkan masalah.. masalah.. masalah.. dan masalah..

Berbeza dengan orang tidak suka membuat komplen, pemikiran mereka lebih fokus kepada "bagaimana hendak menyelesaikan masalah" tersebut… fikiran mereka dengan pantas akan mula mencari-cari kaedah penyelesaian yang terbaik yang boleh mereka lakukan.

Mereka akan mula mencari-cari option yang lain seperti, menaiki bas? kereta? LRT? komuter? feri? teksi? helikopter? dan sebagainya.. yang penting mereka akan berusaha sendiri dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. dan bukannya hanya menunggu. melihat.. dan kemudian membuat komplen.

Jadi.. berhenti membuat komplen. Ia hanya akan membuatkan diri berasa tertekan dan terus berada di dalam situasi yang lemah dan tidak berdaya.

3 ) Membuat alasan.. untuk menyedapkan hati
Anda mesti pernah dengar orang kata..
"Ala.. kekayaan itu tak penting! Tak kaya pun tak kisah!"..
Orang yang berkata begini memang confirm tidak akan jadi kaya. Cuba anda tukarkan perkataan "kekayaan" itu kepada keluarga ataupun "sahabat"..

Ia akan berbunyi.. "Alaa.. keluarga itu tidak penting! Tak ada keluarga pun tak kisah!"..
Eee.. teruk bukan bunyinya? Jika anda berkata begitu, sudah pastinya keluarga anda akan menjauhi anda.. begitu juga jika anda mengatakan "sahabat itu tidak penting".. sudah pastinya sahabat-sahabat anda juga akan mula menjauhi anda. Sebab anda tidak tahu menghargai mereka dan menganggap mereka tidak penting di dalam hidup anda. Jadi, mengapa mereka perlu menghampiri anda?.

Begitulah juga dengan kekayaan.. jika anda rasa kekayaan itu tidak penting.. maka.. sudah pastinya kekayaan itu akan menjauhi diri anda. Sebab itu saya kata.. orang yang berkata begitu, confirm takkan kaya!.

Ada juga sesetengah orang suka mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian dan segala-galanya..".. betul ke?.

Memang betul! Setiap benda perlu digunakan pada tempatnya yang betul.. begitu juga wang.. anda perlu menggunakan ia pada tempat yang betul bersesuaian dengan fungsinya. Wang memang tidak boleh membeli kebahagian tetapi ia boleh membeli rumah yang besar, keta yang besar, perabot yang cantik dan sebagainya untuk membina kehidupan yang bahagia.

Begitu juga dengan cinta & kebahagian.. anda rasa anda boleh beli makanan, minuman, pakaian dan rumah hanya dengan cinta?.. Cubalah ambil makanan di kedai dan kemudian cium makcik gerai tu sebagai tanda anda membayar makanan anda dengan cinta & kasih sayang. Ho! ho! ho! Boleh jadi anda kena pelangkung dengan tong gas nanti..

Jadi.. bagi saya, alasan yang mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian.." hanyalah alasan untuk menyedapkan hati dan memaksa diri untuk tidak bergerak dari zon selesa… yang akhirnya.. membuatkan diri kita hanya "begitu-gitu" sahaja disitu.

Akhir kata, jika anda ingin menjadi jutawan @ orang yang berjaya.. anda perlulah kikis dan buang jauh-jauh 3 sikap buruk yang saya nyatakan diatas. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti merungut dan berhenti membuat alasan. Fikirkan perkara yang positif dan usahakan… insyallah cita-cita & impian anda akan tercapai.

Apa beza antara jutawan dengan kaya?.. kalau dah jadi jutawan tu.. maknanya kaya lah!.. kalau dah kaya tu pula.. maknanya jutawan lah!..
Itu pendapat orang.. tapi bagi saya.. kaya dan jutawan itu adalah 2 perkara yang berbeza.Bagi saya.. jutawan itu membawa maksud, seseorang yang mempunyai nilai bersih aset yang terkumpul, bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta.

Manakala.. kaya pula, bermaksud, seseorang yang merasakan duit di dalam hidupnya lebih dari cukup. Ini juga bererti, orang yang kaya tidak perlu memiliki harta atau wang sebanyak RM1 juta.. jika anda adalah merupakan seorang pekerja makan gaji dan berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan, dan anda merasakan pendapatan itu sudah lebih daripada mencukupi, maka, anda layak di panggil orang kaya. Jadi, tidak salahlah jika rakan-rakan anda memangil anda.. “Hai orang kaya..!!” ho! ho! ho!

Manakala, bagi orang yang hidupnya hanya cukup-cukup makan sahaja. Iaitu, orang-orang yang cukup bulan.. duit habis… cukup bulan .. duit habis.. cukup bulan.. duit habis.. maka, orang itu tergolong dikalangan orang-orang yang sederhana hidupnya.

Orang miskin?.. orang miskin ialah orang yang asyik tak cukup duit je memanjang dalam hidupnya.. awal bulan tak cukup duit, tengah bulan tak cukup duit, hujung bulan pun tak cukup duit… pendek kata.. memang sepanjang masa lah tak cukup duit. Oh!.. sedihnya.
Kesimpulannya…. orang yang kaya tidak semestinya merupakan seorang jutawan… dan seorang jutawan pula.. tidak semestinya seorang yang kaya.

Untuk jadi jutawan… anda perlukan nilai bersih (aset-liabiliti) sebanyak RM1 juta..Untuk jadi kaya……. anda perlukan hati yang gembira dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.ALLAH HU AKHBAR.

Friday, March 20, 2009

THE WORST!!!!!!!




Golongan yang akan menderita akibat krisis ekonomi yang akan berlarutan sudah tentunya kanak-kanak,golongan wanita dan juga orang-orang tua.
apakah masyarakat melayu bersiap sedia dari sekarang?.

"Apabila kita melihat cara hidup masyarakat melayu hari ini, seolah-olah tidak ada berlaku krisis ekonomi.
Leka dengan hiburan,bergosip,merempit,dan ada Beberapa jaminan diberi oleh pihak-pihak tertentu seolah-olah kita akan betul-betul terselamat daripada krisis ekonomi.

Sebenarnya kita tidak boleh meramalkan bentuk apa krisis ekonomi akan berlaku terutama sekali yang berkaitan dengan komoditi.

Krisis Ekonomi berlaku apabila harga komoditi terlalu rendah atau harga komoditi terlalu tinggi?Ketika zaman harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong dulu, ramai diantara kita yang berasa susah akibat kenaikan harga minyak.

Tanpa disedari ianya sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi Minyak, getah, sawit.Kini berlaku kejatuhan harga.
Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan malah mahu minta diturunkan lagi tanpa menyedari nasib penoreh getah.

Yang mana satu hendak digelar krisis ekonomi? semasa ia tinggi atau rendah? Tun Daim mantan menteri kewangan sudah kata "Prepare for the worst".

Tidak dapat dibayangkan bagaimana "the worst" itu.
Tetapi mari kita bayangkan juga bagaimana rupanya the worst itu, supaya kita boleh lebih bersedia.
Walaupun the worst tidak semestinya berlaku tapi bersedialah sedikit."The worst" yang tidak mustahil.

1. Ringgit jatuh, Inflasi seperti Zimbabwe
2. Kejatuhan harga komoditi melampau atau kenaikan harga komoditi melampau.
3. Pengangguran bertambah.
4. Pekerja kilang "makan basic".
5. Maybank muflis.
6. ASB runtuh (collaspe)
7. Kilang-kilang ditutup
8. Sektor Insurans runtuh
9. Bekalan makanan terhad
10. Ramai orang kena tarik kereta atau sebaliknya Bank pula tidak mahu tarik kereta. kerana ia akan lebih rugi.
11. Guru sekolah mogok.

Apa lagi yang anda boleh fikirkan "the worst" itu? Sudahkah bersedia?Cukupkah Rizab Bank Negara untuk mengatasinya?.



Berbanding singapura, Mereka telah asingkan USD 101 bilion.
SINGAPORE (AFP) – Singapore on Thursday set aside 150 billion dollars (101 billion US) to guarantee all bank deposits in the city-state until the end of 2010, but insisted the banking system here remains sound.

Sunday, March 15, 2009

ERTI GIFTING ATAU "PEMBERIAN"


“Gifting” bermaksud berkongsi hadiah atau pemberian di antara mereka yang yakin kepada undang-undang alam mengenai memberi: “Beri, dan ia akan diberikan kepada anda.”

UNDANG-UNDANG ALAM MENGENAI PEMBERIAN ADALAH SANGAT BERKUASA:

mari kita bersama-sama saksikan dan fahamkan akan maksud gifting melalui video ini.
5=http://www.youtube.com/watch?v=s62zWgPdGas&feature=related

Pemberian (Gifting) bermakna seperti apa yang dimaksudkan …. Memberi sesuatu kepada yang lain tanpa syarat. Pemberian ini mempunyai pelbagai cara, termasuk pemberian dalam bentuk wang. “Memberi” datangnya dari orang-orang yang berkeupayaan dan mempunyai niat untuk membantu orang lain. Mereka yang menerima pemberian melalui program ini telah dikurniakan sesuatu oleh mereka yang tidak mementingkan diri mereka dengan memberi kepada orang lain.

NOTA: Program Gifting TIDAK melibatkan network marketing,
MLM atau sebarang aktiviti perniagaan atau komersial.
Tidak ada sebarang transaksi perniagaan,
pelaburan atau sekuriti yang terlibat.
Gifting tidak mempunyai pengarah syarikat,
pegawai, pemegang saham atau prinsipal.
Tidak ada keperluan untuk menghadiri sebarang seminar,
Orang perseorangan hanya perlu melakukan hak mereka untuk bersama-sama mereka yang mempunyai pemikiran yang sama dan saling membantu sesama sendiri untuk mengubah kehidupan mereka.

Program Gifting:

BUKAN perniagaan
BUKAN sebuah syarikat
BUKAN MLM
BUKAN aktiviti komersial
TIDAK mempunyai barangan untuk dijual
TIDAK membayar gaji kepada sesiapa
TIDAK ada seminar untuk dihadiri
ADALAH MELALUI JEMPUTAN SAHAJA!

Apa yang membuatkan gifting sangat berkuasa?

Tanpa sebarang keraguan, program gifting memberikan salah satu cara yang TERPANTAS dan TERMUDAH untuk orang yang biasa-biasa menyelesaikan masalah kewangan mereka melalui teknik pemberian.
HANYA BEBERAPA INDIVIDU yang diperlukan untuk mencapai apa yang memerlukan ribuan orang dalam MLM konvensyenal dan anda dapat melakukan dalam masa yang LEBIH SINGKAT!
Gifting tidak memerlukan syarikat, produk atau orang tengah yang biasanya mengambil untung yang besar. 100% pemberian itu diberikan kepada mereka yang paling memerlukan.

Dalam apa juga aktiviti …. anda mendapat kembali apa yang anda usahakan!
Sekiranya anda menyertai MANA-MANA peluang perniagaan atau syarikat tetapi tidak berusaha …. Ia tidak akan berhasil! Sama juga dengan mana-mana program gifting,
sekiranya anda tidak menjemput rakan-rakan anda, anda tidak akan menerima sebarang pemberian.

Walaupun program gifting di rencanakan sebegitu rupa agar semua orang menerima pemberian … BERULANG KALI … amat jelas, sekiranya anda lebih aktif, anda akan menerima faedah yang lebih besar!

MATLAMAT PROGRAM:

Matlamat program ini ialah untuk memberi peluang kepada saudara-mara, rakan-rakan serta sahabat taulan untuk menggunakan kaedah yang telah dipraktikkan beratus tahun dahulu.

Ini adalah kaedah yang sangat telus dan sekiranyanya dilakukan dengan mengikut apa yang disarankan, Insyaallah, kejayaan sudah pasti milik anda.

Program gifting di istilahkan sebagai Exact Marketing Method, iaitu Pemasaran Secara Tepat, maksudnya, walaupun tidak ada apa-apa produk yang perlu dipasarkan, pendekatan atau kaedah yang diguna pakai mestilah seragam agar dapat diduplikasi dengan MUDAH oleh orang lain.

Dalam ertikata yang lain, ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja baik yang celik IT mahupun yang tidak.
Kepada yang belum celik IT, program ini juga akan membantu anda untuk masuk ke fasa seterusnya di mana anda boleh menggunakan IT sebagai satu kaedah tambahan untuk memajukan diri sendiri.

panduan ini bertujuan untuk digunakan sebagai sumber maklumat untuk membantu anda menerangkan kepada sesiapa yang anda jemput untuk menyertai anda dalam program gifting ini. Adalah menjadi perkara biasa bahawa kebanyakkan di antara kita selalu mengatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada orang lain dan sering bergantung kepada pengenal untuk memberi penerangan.

Dalam program gifting, adalah diharapkan perkara itu tidak lagi menjadi halangan kepada sesiapa kerana anda hanya perlu faham apa itu gifting, kenapa anda menyertai program ini dan itulah yang perlu anda kongsikan dengan beberapa orang yang lain yang rapat dengan anda. TIDAK perlu jadi speaker dan bercakap di hadapan khalayak ramai.

Sekiranya kita bersama-sama mendalami serba sedikit ilmu mengenai gifting, yang sudah sememangnya mudah untuk difahami, kita juga yang akan mendapat faedah sertamerta apabila kita mula mengenalkan program ini kepada orang lain.

Kejayaan program gifting TIDAK sahaja bergantung kepada berapa laju anda membina jaringan tetapi kefahaman orang-orang yang anda kenalkan dan keupayaan mereka menduplikasi program ini.

Jangan sekali-kali memberikan Buku Panduan ini kepada mereka yang tidak tahu menahu mengenai gifting kerana di khuatiri akan mengelirukan mereka. Apabila anda telah tahu serba sedikit mengenai program ini, anda perlu menerangkan sendiri kepada mereka dan bukannya memberikan buku ini dan ”berharap” mereka akan faham, mereka TIDAK akan faham.

Buku Panduan ini adalah untuk anda memahami dengan lebih mendalam mengenai gifting dan bukan untuk diberikan kepada ”prospek”. Dalam program gifting, tidak ada istilah prospek kerana orang yang anda jemput sepatutnya orang yang sangat rapat dengan anda dan bukannya mereka yang di ”tangkap muat” sahaja.

Inilah keunikan gifting jika dibandingkan dengan ”program-program” yang lain yang boleh dilakukan secara canvassing, flyers dan sebagainya.
Gifting perlukan pendekatan peribadi yang menunjukkan keikhlasan anda untuk menjemput mereka ke dalam komuniti anda agar mereka juga menerima manfaat yang anda terima.


Ada beberapa sebab 7 Fortune di terima sebagai program gifting yang unggul:

Program gifting tradisional banyak menggunakan kaedah manual dan tidak menggunakan sistem yang sepenuhnya berasaskan Internet.

7 Fortune menggunakan Internet sepenuhnya dan memudahkan pihak yang berada jauh dari kita untuk membuat urusan.

Bagi mereka yang belum celik IT, Service Center boleh membantu di peringkat awal kerana akhirnya semua ahli perlulah berdikari.

7 Fortune menggunakan matawang yang digunapakai oleh pedagang forex dan ianya boleh diyakini iaitu Libertyreserve Dollar.

Selain trader matawang Internet yang lain, di Malaysia kita boleh menggunakan perkhidmatan Gold Cable Hosting Services untuk menukarkan matawang LR kepada RM
Wawasan 7 Fortune untuk jangkamasa panjang sekiranya difahami adalah sangat menarik dan mudah untuk dilaksanakan.

Saturday, February 28, 2009

SEMINAR USAHAWAN INTERNET MUSLIM KOTA BHARU KELANTAN

Dan Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.

Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar.
Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan program laman web yang anda bakal sertai , 7fortune.com hanya berharga RM35 sekali untuk seumur hidup , namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Boleh kah sebuah kedai mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung sehari?.
Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!

Keratan akhbar sinar harian edisi pantai timur pada hari "seminar usahawan internet muslim"yusuf bergambar bersama exco Belia Negeri Kelantan YB Tuan Haji Abdul Fatah Bin Mahmood
yusuf memohon restu dari yang amat berhormat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato NIk Abdul Aziz Bin Nik Mat Agar program Usahawan Internet Muslim Berjalan Dengan Lancar.

Bergambar Bersama naib presiden Pas Dato Husam Musa.

Perasmian Program Memperkasakan Belia ICT di hujung jari Dun Kok Lanas, Kelantan Darul Naim oleh Ahli Dewan Negara Senator Dato Haji Ahmad Rosli bin Ibrahim pada 26 Julai 2008.

Penyelaras Program Usahawan Internet Muslim atau Pemilik Servis Centre Kok lanas kelantan en ariff sedang memberi taklimat perjalanan program.

Peserta seminar Usahawan Internet Muslim kota bharu kelantan Bergambar bersama exco belia.sukan,pembangunan insan dan NGO negeri kelantan YB Tuan Haji abdul fatah bin mahmood.

Ringkasan Statistik:
Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.Laporan penggunaan bahasa di Internet
Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU: 2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris: Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Bahasa Cina: Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di Cina (menurut CCNIC: 2004). Hongkong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbankan lebih dari 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina.
ITU menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet di Amerika menggunakan bahasa Cina. Pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna,
KOMUNITI YANG BESAR DAN HEBAT(,cuba bayangkan KEKAYAAN orang-orang cina melalui jaringan penguna internet mereka yang berjumlah 1oojuta penguna itu ?kita orang-orang melayu di mana kedudukan kita).

Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!
Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu melebihi 1 billion? Sekiranya anda memiliki buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar", anda akan mendapati Statistik jumlah pengguna Internet tahun 2004 adalah 900 juta pengguna- kenaikan 100 juta pengguna dalam masa 1 tahun!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!










































Friday, February 27, 2009

BUAYA DI TANJUNG TUAN





TIMBUL...gambar buaya yang dirakamkan Khoo di perairan
Tanjung Tuan.


PORT DICKSON: Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya,kata Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng, semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.

buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan,katanya di sini, semalam.

Thursday, February 26, 2009

SERVIS CENTRE KELAB KOMUNITI DI JARI PORT DICKSON

RUANG SERVIS CENTRE SEBELUM BEROPERASI


EN ZIYAT MEMBERI PENERANGAN TENTANG OPERASI SISTEM

EN SHAFIE TUAN MENERANGKAN PLAN MENJANA PENDAPATAN



PEMANDANGAN DARI LUAR SERVIS CENTRE KELAB KOMUNITI DI HUJUNG JARI PORT DICKSON PADA MALAM PERJUMPAAN YANG TELAH DI LENGKAPKAN DENGAN BERBAGAI PERALATAN DAN KEMUDAHAN WIFI HOT SPOT UNTUK PARA AHLI,


Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet atau menyertai mana-mana kelab maya internet,anda adalah di alu-alukan,pintu kelab terbuka untuk penduduk port dickson di malaysia khasnya. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!Semoga laporan yang diberikan ini akan dapat membuka fikiran anda kepada peluang perniagaan atau program di Internet.

Perniagaan Internet Penuh Tipu Daya?.

Tajuk di atas mungkin mengelirukan anda. Anda keliru antara fakta dan mitos kerana anda mendengar kenyataan daripada mereka yang tidak tahu dan jelas dengan peluang perniagaan di internet.
Tambahan orang sebegini juga belum pun memulakan perniagaan internet mereka sendiri. Jadi, bila mereka merapu dan skeptikal maka anda juga akan turut sama.
"Masuk angin, keluar asap" adalah satu kenyataan yang amat sesuai sekali untuk mereka. Adakah anda juga adalah orang yang dimaksudkan itu?.

Jika tidak, teruskan membaca perenggan penting yang seterusnya... Secara amnya:
terdapat 3 jenis model menjana pendapatan daripada internet.
Jika anda sudah tahu, sila abaikan maklumat ini dan pergi ke perenggan seterusnya selepas 3 kotak info di bawah ini untuk didedahkan dengan lebih banyak rahsia:

#1 Perniagaan Internet:
:Anda merupakan peniaga atau pedagang yang mempunyai produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada prospek. Jika anda mempunyai urusniaga yang berlangsung secara online maka ianya adalah dalam kategori ini. Sama ada anda mempunyai perniagaan dunia nyata atau keseluruhannya maya, perniagaan internet adalah satu peluang yang dapat melipatgandakan keuntungan perniagaan anda.Pasaran anda adalah satu dunia. Tambahan lagi, 90% urusniaga dapat diautomasikan. Kos dapat dikurangkan dengan begitu banyak sekali. Selebihnya adalah untung bersih yang amat lumayan.
!#2 Pemasaran Internet:
Ianya lebih tertumpu kepada kaedah untuk mempromosi, mengiklan, menjual, menghantar produk atau perkhidmatan dan sehinggalah menyediakan khidmat sokongan kepada prospek dan pelanggan anda. Terdapat 101 cara untuk anda pilih sebagai strategi pemasaran internet.Untuk membuat duit dan menjana keuntungan secara online, 90% adalah bergantung kepada strategi pemasaran internet anda.
Produk hebat tetapi strategi pemasaran anda lemah maka kegagalan adalah pasti untuk anda.Tidak kira sama ada anda mempunyai perniagaan internet sendiri atau sekadar affiliate yang mempromosi produk orang lain, kejayaan membuat keuntungan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha pemasaran internet anda.
#3 Pelaburan Internet:!!!!!!!!!
Scam Saya melabelkan yang ketiga ini sebagai "pelaburan internet scam"!!!!!!atau CERITA SERAM kerana tidak kesemua pelaburan di internet itu tidak sah. Asalkan maklumat pelaburan tersebut jelas dan diiktiraf maka, ianya adalah sah dan selamat.
Jelas bermaksud transparen dan tidak berselindung.
Diiktiraf bermaksud disokong dan disahkan oleh satu badan atau pihak yang berlesen dan bertauliah.

Memandangkan kebanyakan urusniaga sesuatu perniagaan boleh diautomasikan melalui internet maka sesetengah broker saham berlesen menyediakan perkhidmatan jual beli saham melalui sistem mereka yang disokong oleh teknologi internet.

Itu pun setiap urusniaga masih lagi di sokong oleh kontrak tertentu di samping pendedahan maklumat pelaburan yang sangat jelas yang telah diluluskan pihak berkuasa dan bertauliah.

Malangnya!!!, hampir 90% skim atau pelaburan internet yang wujud sekarang ini tidak pun mempunyai ciri-ciri tersebut. Ini semua satu komplot yang tujuan mereka hanya satu, memanipulasi perasaaan tamak yang wujud dalam diri anda demi untuk keuntungan mereka.
Komplot ini berselindung disebalik skim piramid. Tidak dinafikan ada individu tertentu yang berjaya membuat untung dengan skim temberang begini, tetapi mereka hanyalah sebagai kambing hitam yang dijadikan agenda tersembunyi komplot tersebut.

Selalunya, yang buat untung adalah kumpulan pertama yang melabur agar dapat dijadikan testimonial sebagai "umpan" untuk tarik lebih banyak mangsa.

Selepas beberapa pusingan pembayaran, komplot ini akan menutup laman web pelaburan mereka dan membawa lari kesemua wang anda.Lalu komplot ini akan gunakan sebahagian kecil wang yang dilarikan tadi untuk membuka laman pelaburan internet yang baru.
Kitaran ini akan terus berlaku sebab terdapatnya sambutan daripada golongan pelabur yang tamak ini. Anda ternganga.

Duit yang anda bersusah payah dapatkan kini dilesapkan begitu sahaja sekelip mata. Untuk mengenal skim pelaburan internet scam ini amat mudah. Jika ianya menjanjikan pulangan yang amat besar dan lumayan tanpa anda berusaha, tidak mendedahkan siapakah mereka yang mahu sangat menguruskan duit anda dan tidak pula mendedahkan kaedah mereka melabur dan membuat untung, maka jauhi mereka dengan serta merta.

Jika anda serius untuk menjana pendapatan melalui internet, maka kaedah #1 dan #2 di atas adalah paling selamat dan menguntungkan. Tetapi, jika anda masih berdegil untuk melabur wang anda dalam pelaburan internet scam, sila pergi ke laman web atau syarikat lain. Laman web ini bukan untuk para pelabur tamak seperti anda. Sertai para pelabur internet "profesional" yang lain dan leburkan sahaja duit anda. Kelompok sebegini lebih ramai yang pokai daripada yang kaya.

iNFO sebegini penting kerana Semua ini demi memenuhi keperluan masyarakat dalam mereka mengejar arus dunia teknologi maklumat (ICT) yang begitu pesat agar generasi mereka tidak tertingal dan mundur dan lagi supaya empayar perniagaan Anda kukuh tidak digugat perubahan ekonomi semasa dengan cara ini saya mencari keberkatan demi sayangnya saya kepada agama,Negara dan juga bangsa.


Anda tentu sudah biasa dengan "Pendapatan Aktif & Pasif"
perlu saya ingatkan anda disini: Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (ramai yang tak nampak akan peluang ini,hanya 10% saja yang mengunakan teknik ini!).

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan masa yang anda miliki.

SERONOK TAK JIKA KITA BEBAS UNTUK:
- Menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks2.
- Sarapan pagi & baca akhbar secara online di café-café.
-Tidur lambat dan lepas solat subuh tidur semula bangun lambat
-Makan makanan yang lazat dan berkhasiat.
- Bersantai dipantai/bersama orang tersayang tanpa gangguan!
- Shopping tanpa perlu beratur!/atau secara online
- Mempunyai banyak masa untuk melihat ANAK-ANAK membesar!
- Membawa keluarga melancung agar anak-anak lebih terbuka MINDANYA.

Oleh kerana hasil pendapatan kita banyaknya daripada pasif, Ramai di antara kita mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat.
Doktor-doktor pakar dan jurutere-jurutera tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif. Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual.
Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun! Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh andabuat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah.

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini: “Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?”
Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah.

Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda. Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti. Anda pasti akan menepuk dahi kerana terus menunggu dan menunggu.
Nasihat saya: Dapatkan MENTOR/OTAISemua orang memerlukan mentor/otai. di dalam beberapa aspek dalam hidup mereka. Pernah anda terfikir kenapa/ ianya adalah kerana tunjuk ajar itu penting untuk mendapatkan arah yang tepat.

Carilah orang yang boleh anda percayai di dalam bidang yang anda ingin ceburi di 7fortune.com dan jadikan mereka mentor anda,ianya mungkin saja saudaramara anda,kenalan anda bahkan juga sahabat-sahabat akrab andaApa juga pilihan anda, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.Jika bukan anda yang membuat keputusan dan perlu berjaya, siapa lagi?