Friday, March 20, 2009

THE WORST!!!!!!!




Golongan yang akan menderita akibat krisis ekonomi yang akan berlarutan sudah tentunya kanak-kanak,golongan wanita dan juga orang-orang tua.
apakah masyarakat melayu bersiap sedia dari sekarang?.

"Apabila kita melihat cara hidup masyarakat melayu hari ini, seolah-olah tidak ada berlaku krisis ekonomi.
Leka dengan hiburan,bergosip,merempit,dan ada Beberapa jaminan diberi oleh pihak-pihak tertentu seolah-olah kita akan betul-betul terselamat daripada krisis ekonomi.

Sebenarnya kita tidak boleh meramalkan bentuk apa krisis ekonomi akan berlaku terutama sekali yang berkaitan dengan komoditi.

Krisis Ekonomi berlaku apabila harga komoditi terlalu rendah atau harga komoditi terlalu tinggi?Ketika zaman harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong dulu, ramai diantara kita yang berasa susah akibat kenaikan harga minyak.

Tanpa disedari ianya sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi Minyak, getah, sawit.Kini berlaku kejatuhan harga.
Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan malah mahu minta diturunkan lagi tanpa menyedari nasib penoreh getah.

Yang mana satu hendak digelar krisis ekonomi? semasa ia tinggi atau rendah? Tun Daim mantan menteri kewangan sudah kata "Prepare for the worst".

Tidak dapat dibayangkan bagaimana "the worst" itu.
Tetapi mari kita bayangkan juga bagaimana rupanya the worst itu, supaya kita boleh lebih bersedia.
Walaupun the worst tidak semestinya berlaku tapi bersedialah sedikit."The worst" yang tidak mustahil.

1. Ringgit jatuh, Inflasi seperti Zimbabwe
2. Kejatuhan harga komoditi melampau atau kenaikan harga komoditi melampau.
3. Pengangguran bertambah.
4. Pekerja kilang "makan basic".
5. Maybank muflis.
6. ASB runtuh (collaspe)
7. Kilang-kilang ditutup
8. Sektor Insurans runtuh
9. Bekalan makanan terhad
10. Ramai orang kena tarik kereta atau sebaliknya Bank pula tidak mahu tarik kereta. kerana ia akan lebih rugi.
11. Guru sekolah mogok.

Apa lagi yang anda boleh fikirkan "the worst" itu? Sudahkah bersedia?Cukupkah Rizab Bank Negara untuk mengatasinya?.



Berbanding singapura, Mereka telah asingkan USD 101 bilion.
SINGAPORE (AFP) – Singapore on Thursday set aside 150 billion dollars (101 billion US) to guarantee all bank deposits in the city-state until the end of 2010, but insisted the banking system here remains sound.

No comments:

Post a Comment