Friday, April 3, 2009

MERDEKAKAH KITA SEMUA


Merdekakah kita Wahai! bangsa ku umat melayu?

Merdekakah kita hanya kerana ada perarakan dan juga jet pejuang?

Merdekakah kita hanya kerana kita sebut MERDEKA berkali-kali?

Merdekakah kita hanya disebabkan penjajah tiada lagi?

Merdekakah kita hanya kerana Perdana Menteri pilihan sendiri?

Merdekakah kita hanya kerana iklan berseri-seri?

Namun Merdekakah kita jika masih ada lagi yang hidup menagih simpati?

Merdekakah kita kerana dadah masih lagi jual beli?

Merdekakah kita jika menjadi kuli dibumi sendiri?

Merdekakah kita jika daya juang masih boleh dibeli-beli?

Merdekakah kita jika niat hanya untuk memburukkan bangsa sendiri?

Merdekakah kita kebahagiaan dan keamanan tidak boleh digerenti?
Merdekakah kita?
Merdekakah kita?
Merdekakah kita?
CIRI-CIRI SIKAP ORANG YANG TIDAK ADA IMPIAN MENJADI SEORANG JUTAWAN:

WAHAI BANGSA KU MELAYU!!!!:

Selain daripada ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga "sikap (attitude)" juga adalah merupakan salah satu faktor yang paling penting di dalam menentukan kejayaan anda. Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal dan mengubah sikap anda agar ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anda.

Jika hendak diceritakan tentang sikap-sikap baik yang perlu ada untuk membolehkan anda menjadi jutawan.. sudah pastilah ia terlalu banyak. Dari sikap suka berfikiran positif, baik hati, mesra, rendah diri, jujur, gigih, ikhlas hinggalah kepada sikap suka tolong-menolong.
Memang terlalu banyak untuk disenaraikan…

Tapi pada kali ini, saya ingin bercerita tentang 3 sikap negatif yang perlu anda elak dan buang jauh-jauh dari dalam diri anda jika anda ingin menjadi jutawan. Jika anda berjaya mengikiskan 3 sikap ini dalam diri anda, insyallah.. jalan untuk anda menjadi jutawan, akan semakin mudah.
Apakah 3 sikap buruk yang perlu dikikis dan dibuang tersebut?

1) Menyalahkan Orang lain.
Perkara ini saya sudah nyatakan pada entri saya sebelum ini. Sikap yang hanya suka menyalahkan orang lain tidak akan membawa diri kita kemana-mana. Dengan menyalahkan orang lain.. bermaksud, kita enggan untuk meng"hasabah" diri, jesteru, ia akan menyebabkan kita tidak akan dapat melihat segala kekurangan diri dan memperbaikinya. Apabila tidak memperbaiki diri.. maka, susahlah nak jadi jutawan.

Oleh itu, sentiasa bertanggungjawab diatas segala hasil dan akibat yang anda terima dari usaha anda. Jika ia berjaya.. ia adalah disebabkan anda.. dan jika ia gagal.. ia juga adalah disebabkan anda.

2) Komplen tak sudah-sudah.
Ini satu lagi sikap yang perlu anda hindarkan di dalam diri anda. Jangan terlalu mudah merungut dan membuat komplen. Membuat komplen menunjukkan fkiran anda sedang menumpu kepada "masalah".. dan ini akan menyebabkan hidup anda lebih tertekan. Untuk berjaya, fikiran dan fokus kita perlulah lebih kepada "penyelesaian masalah" dan bukannya kepada "masalah" tersebut.

Mungkin ada yang kurang faham.. tak mengapa.. saya bagi contoh.
Contohnya.. anda kini sedang berada di lapangan terbang dan ingin menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi. Tiba-tiba, satu pengumuman dibuat yang menyatakan penerbangan anda terpaksa ditunda sehingga 3 jam.

Bagi orang yang bersikap "un-jutawan" dan suka komplen… mereka akan mula..
memikirkan masalah baru yang akan muncul akibat kelewatan penerbangan tersebut.
mereka akan fikirkan tentang meeting mereka yang akan terlepas
mereka akan fikirkan projek yang cuba mereka dapatkan akan terlepas
mereka akan fikirkan kesan buruk yang akan menimpa syarikat mereka akibat terlepas projek tersebut
mereka akan fikirkan syarikat mereka terpaksa membuang pekerja
mereka akan fikirkan pekerja-pekerja mereka memberontak
mereka akan fikirkan syarikat mereka kena saman dan terpaksa ditutup
mereka fikirkan mereka akan bangkrap .

mereka akan fikirkan kekecewaan serta kesusahan hidup yang mereka akan hadapi
Akhirnya.. mereka mengambil keputusan untuk membuat komplen kepada syarikat penerbangan dan minta ganti rugi kepada keseluruhan kerugian yang akan mereka alami di dalam hidup mereka.

Lihat.. itu contoh orang yang suka menumpukan fikiran mereka kepada masalah. Mereka akan fikirkan apakah masalah seterusnya yang akan mereka hadapi disebabkan masalah yang mereka hadapi sekarang.. mereka hanya akan fikirkan masalah.. masalah.. masalah.. dan masalah..

Berbeza dengan orang tidak suka membuat komplen, pemikiran mereka lebih fokus kepada "bagaimana hendak menyelesaikan masalah" tersebut… fikiran mereka dengan pantas akan mula mencari-cari kaedah penyelesaian yang terbaik yang boleh mereka lakukan.

Mereka akan mula mencari-cari option yang lain seperti, menaiki bas? kereta? LRT? komuter? feri? teksi? helikopter? dan sebagainya.. yang penting mereka akan berusaha sendiri dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. dan bukannya hanya menunggu. melihat.. dan kemudian membuat komplen.

Jadi.. berhenti membuat komplen. Ia hanya akan membuatkan diri berasa tertekan dan terus berada di dalam situasi yang lemah dan tidak berdaya.

3 ) Membuat alasan.. untuk menyedapkan hati
Anda mesti pernah dengar orang kata..
"Ala.. kekayaan itu tak penting! Tak kaya pun tak kisah!"..
Orang yang berkata begini memang confirm tidak akan jadi kaya. Cuba anda tukarkan perkataan "kekayaan" itu kepada keluarga ataupun "sahabat"..

Ia akan berbunyi.. "Alaa.. keluarga itu tidak penting! Tak ada keluarga pun tak kisah!"..
Eee.. teruk bukan bunyinya? Jika anda berkata begitu, sudah pastinya keluarga anda akan menjauhi anda.. begitu juga jika anda mengatakan "sahabat itu tidak penting".. sudah pastinya sahabat-sahabat anda juga akan mula menjauhi anda. Sebab anda tidak tahu menghargai mereka dan menganggap mereka tidak penting di dalam hidup anda. Jadi, mengapa mereka perlu menghampiri anda?.

Begitulah juga dengan kekayaan.. jika anda rasa kekayaan itu tidak penting.. maka.. sudah pastinya kekayaan itu akan menjauhi diri anda. Sebab itu saya kata.. orang yang berkata begitu, confirm takkan kaya!.

Ada juga sesetengah orang suka mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian dan segala-galanya..".. betul ke?.

Memang betul! Setiap benda perlu digunakan pada tempatnya yang betul.. begitu juga wang.. anda perlu menggunakan ia pada tempat yang betul bersesuaian dengan fungsinya. Wang memang tidak boleh membeli kebahagian tetapi ia boleh membeli rumah yang besar, keta yang besar, perabot yang cantik dan sebagainya untuk membina kehidupan yang bahagia.

Begitu juga dengan cinta & kebahagian.. anda rasa anda boleh beli makanan, minuman, pakaian dan rumah hanya dengan cinta?.. Cubalah ambil makanan di kedai dan kemudian cium makcik gerai tu sebagai tanda anda membayar makanan anda dengan cinta & kasih sayang. Ho! ho! ho! Boleh jadi anda kena pelangkung dengan tong gas nanti..

Jadi.. bagi saya, alasan yang mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian.." hanyalah alasan untuk menyedapkan hati dan memaksa diri untuk tidak bergerak dari zon selesa… yang akhirnya.. membuatkan diri kita hanya "begitu-gitu" sahaja disitu.

Akhir kata, jika anda ingin menjadi jutawan @ orang yang berjaya.. anda perlulah kikis dan buang jauh-jauh 3 sikap buruk yang saya nyatakan diatas. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti merungut dan berhenti membuat alasan. Fikirkan perkara yang positif dan usahakan… insyallah cita-cita & impian anda akan tercapai.

Apa beza antara jutawan dengan kaya?.. kalau dah jadi jutawan tu.. maknanya kaya lah!.. kalau dah kaya tu pula.. maknanya jutawan lah!..
Itu pendapat orang.. tapi bagi saya.. kaya dan jutawan itu adalah 2 perkara yang berbeza.Bagi saya.. jutawan itu membawa maksud, seseorang yang mempunyai nilai bersih aset yang terkumpul, bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta.

Manakala.. kaya pula, bermaksud, seseorang yang merasakan duit di dalam hidupnya lebih dari cukup. Ini juga bererti, orang yang kaya tidak perlu memiliki harta atau wang sebanyak RM1 juta.. jika anda adalah merupakan seorang pekerja makan gaji dan berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan, dan anda merasakan pendapatan itu sudah lebih daripada mencukupi, maka, anda layak di panggil orang kaya. Jadi, tidak salahlah jika rakan-rakan anda memangil anda.. “Hai orang kaya..!!” ho! ho! ho!

Manakala, bagi orang yang hidupnya hanya cukup-cukup makan sahaja. Iaitu, orang-orang yang cukup bulan.. duit habis… cukup bulan .. duit habis.. cukup bulan.. duit habis.. maka, orang itu tergolong dikalangan orang-orang yang sederhana hidupnya.

Orang miskin?.. orang miskin ialah orang yang asyik tak cukup duit je memanjang dalam hidupnya.. awal bulan tak cukup duit, tengah bulan tak cukup duit, hujung bulan pun tak cukup duit… pendek kata.. memang sepanjang masa lah tak cukup duit. Oh!.. sedihnya.
Kesimpulannya…. orang yang kaya tidak semestinya merupakan seorang jutawan… dan seorang jutawan pula.. tidak semestinya seorang yang kaya.

Untuk jadi jutawan… anda perlukan nilai bersih (aset-liabiliti) sebanyak RM1 juta..Untuk jadi kaya……. anda perlukan hati yang gembira dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.ALLAH HU AKHBAR.

No comments:

Post a Comment